PENGUTIP PRODUK SAMPAH GUNA LAMAN SOSIAL ?
Oleh. Gifkir Aming
Bagaimana mengenali produk yang dikutip sekitar pelupusan sampah jika dipasarkan menggunakan laman sosial sebaik ianya dibersihkan serta dibungkus semula dalam bungkusan baru serupa produk yang dikeluarkan sekitar kilang pengeluar produk yang terbaru.
Ini merupakan antara luahan masyarakat sekeliling berhubung peningkatan promosi pelbagai produk makanan, pakaian, alat kecantikan serta minuman tin yang dilaporkan dalam laman sosial tanpa mengambil kira produk dari pelupusan sampah yang dikutip kumpulan pengutip barangan yang dibuang pihak kilang mahupun supermarket yang telah tamat tempoh.
Sebaik produk yang dikutip dari pelupusan sampah dibersihkan serta dikeringkan semula tidak sesiapapun mampu mengenali sama ada ianya dari kilang atau dari pelupusan sampah tambahan pula jualan murah didalam laman sosial atau watsap group pasti pelanggan akan tempah seberapa banyak yang termampu dengan kewangan individu jelas warga tempatan.
Sehubungan dengan pendedahan ini seluruh lapisan masyarakat berhati hati dengan iklan dilaman sosial agar tidak menjadi pembeli produk hasil kutipan dari setiap pelupusan sampah dimana juga berada.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau mengiklankan pelbagai perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan