Ahad, 13 Disember 2020

 KEMELUT TANAH TANAH PERTANIAN BERGERAN DISABAH 

Oleh. Jasly Dollah 

Majoriti pemilik tanah geran pertanian didalam negeri Sabah menggesa kerajaan negeri yang baharu melancarkan pembinaan jalan raya berturap dikawasan tanah tinggi bagi memudahkan para pemilih tanah mengusahakan tanah pertanian mereka yang berbatu jauhnya dari tapak perkampungan mereka. 


Kebanyakan tanah geran pertanian milik orang asal Sabah masih tidak memiliki jalan raya sejak hampir 60 tahun yang lalu menyebabkan ramai yang tidak mampu mengusahakan tanah mereka dengan lebih menyeluruh akibat kekangan tidak larat berjalan kaki melebihi 5 batu setiap hari. 

Terdapat juga jalan raya tanah merah sempit dibuat namun langsung tidak boleh dilalui pada musim tengkujuh merentasi bukit bukau menuju ketanah geran masing masing bagi mengusahakan tanah pertanian mereka sebagai menambah sumber kewangan sepanjang serangan pandemik Covid 19. 

Antara kawasan tanah geran pertanian yang tidak memiliki jalan raya sempurna ialah kawasan Parlimen Tuaran bersempadan dengan Parlimen Sepanggar tanpa ada rasa simpati dengan orang asal negeri Sabah dikawasan tersebut.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan