Sabtu, 26 Disember 2020


 COVID 19 MELEPASI 103,300 JANGKITAN 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Adakah masyarakat masih tidak mematuhi SOP melihat kes Covid 19 telah melebihi 103,300 jangkitan dalam negara namun masih lagi tiada penjarakan dan menyimpan pelitup separuh muka dibawa dagu masing masing tanpa rasa bersalah dipandang masyarakat sekeliling.

Seharusnya masyarakat sekeliling lebih waspada tanpa menunggu vaksin Covid 19 sebagai suntikan pada setiap pesakit memandangkan selagi kita berjaga mengikut SOP yang disarankan sudah pasti kita terus terhindar dari penyakit tersebut.

Malah ramai masyarakat luar negara mempersoalkan apakah setelah menerima suntikan vaksin Covid 19 setiap orang tidak sudah mengguna pakai SOP seperti bersalaman bebas dan tidak lagi memakai pelitup muka tanya mereka begitu lantang dibeberapa laman sosial masa kini.

Adalah menjadi harapan kepada warga Malaysia secara keseluruhan nya agar lebih utamakan SOP memakai pelitup muka dengan betul disamping  sentiasa mencuci tangan dengan pencuci yang memusnah virus berkenaan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuatkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kebenaran penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan