Jumaat, 25 Disember 2020


BERAPA RAMAI PRIHATIN DALAM MALAYSIA ? 

Oleh. Basron Kirwan 

Pulau Pinang. Ramai warga miskin dalam negara ini tertanya tanya adakah hanya Ustaz Ebit Liew sahaja golongan prihatin menghulur bantuan terhadap golongan orang miskin yang sangat memerlukan bantuan namun tidak ramai yang menampilkan diri menghulur bantuan khususnya rumah sewa kediaman sedarhana demi meringankan beban orang yang tinggal didalam kereta kecil akibat kemiskinan.

Sungguhpun Ustaz Ebit Liew golongan Mualaf dalam Islam namun beliau mampu tampil menghulur bantuan pantas terhadap golongan miskin demi meringankan bebanan keluarga terlibat sehingga bergegas ke Pulau Pinang menghulur bantuan keluarga yang tinggal dalam kereta kecil sejak lapan bulan lepas berbanding orang berkemampuan lain yang tidak kelihatan membantu keluarga terlibat.

Kru Media Terkini dihujani pelbagai pertanyaan warga miskin dalam negara adakah orang mewah yang lain tidak tahu bersedakah dengan golongan fakir miskin yang masih banyak diseluruh negara tanpa mengira agama dan bangsa walaupun terlalu ramai golongan orang miskin tegar dipelusuk negara ini.

Dengan pendedahan ini golongan berkemampuan lain sama sama mencontohi langkah yang diambil oleh Ustaz Ebit Liew dalam menghulur bantuan tanpa mengira bangsa mahupun  agama dari Semananjung Malaysia sampai lah ke Sabah pasti tangan tak kosong beliau menemui golongan orang orang miskin jelas orang ramai.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan Iklan Perniagaan tanpa kebenaran pihak penerbit. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan