JALAN RBT DIJANGKA MULA PEMBINAAN
Oleh. Gufkir Aming
Sook. Penduduk Rancangan Belia Tiulon dekat sini mengharap semua jalan raya mereka dibaiki perparitan serta diusahakan pengaspalan bagi mengelak ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh setiap tahun menyebabkan ramai yang tidak mampu keluar kepekan Sook sepanjang musim tengkujuh berlaku.
Berdasarkan sumber maklumat warga Rancangan Belia Tiulon Sook sehingga berita ini ditulis sudah ada tanda tanda memulakan pembaikan jalan raya mereka berikutan kerap kali ada yang membuat lawatan meninjau jalan raya serta sudah ada mesen jentera dihantar ke kampung tersebut jelas mereka.
Sesuatu yang diharapkan masyarakat Rancangan Belua Tiulon Sook masa kini ialah menanti jalan raya mereka beraspal secepat yang boleh sebagai langkah membantu rakyat disamping membaiki perparitan jalan raya mereka sejajar mengharap keprihatinan kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan amnya tegas masyarakat setempat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan