PASARAN BUNGA BUNGAAN ASLI DAN JUALAN BERSIH
Oleh. Gason Dumiri
Borneo. Pembelian Industri Bunga Bungaan yang mengikut syariat perundangan urusniaga yang bersih dan bukan diambil ditanah tanah geran milik orang lain tanpa kebenaran pihak pemilik tanah berkenaan sejak beberapa bulan lalu berikutan harga bunga bungaan yang tumbuh meliar dihutan laris bagai goreng pisang dipasar minggu.
Pelbagai jenis penjual bunga bungaan yang bergerak bebas diseluruh Borneo dimana ada yang berlesen dan lebih ramai tidak berlesen sehingga ada yang sanggup menceroboh tanah geran orang lain tanpa kebenaran dan bahagian terhadap pihak pemilik tanah berkenaan.
Golongan penjual bunga bungaan tumbuhan cantik meliar dibumi ini yang tersenarai berlesen mematuhi peraturan akan membeli setiap bunga yang diambil dari tanah geran orang lain namun bagi yang tidak berlesen sesuka hati sahaja menceroboh tanah orang tanpa kebenaran pemilik tanah geran bagi mengambil bunga bungaan yang cantik untuk dijual ujar warga desa yang ditemui.
Perbuatan menceroboh tanah geran orang lain semata mata mengambil bunga bungaan yang cantik mula merunsingkan setiap pemimpin diperingkat kampung bagi mencegah dan menghalang kegiatan penjual bunga bungaan tidak berlesen dimana hampir setiap hari golongan terlibat menceroboh tanah geran orang lain mencuri bunga untuk dijual.
Kes seumpama didedahkan agar setiap pembeli bunga bungaan diseluruh Sarawak dan Sabah agar berhati hati membeli agar tidak terbeli bunga bungaan yang dicuri dari geran tanah orang lain bagi mengaut keuntungan peribadi semata mata tanpa takut dosa dari perbuatan mencuri mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kebenaran pihak penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan