Sabtu, 19 Disember 2020

 MEMBOHONGI PENIAGA ORANG SENDIRI 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Sebilangan ahli parti politik diperingkat cawangan mahupun bahagian dinegeri ini amat mengeciwakan sebilangan peniaga tempatan berikutan sikap mereka yang gemar memberi janji manis menempah urusniaga dengan manis namun membatalkan disaat akhir dengan pelbagai alasan tidak munasabah. 


Kedua dua gambar sekadar hiasan 

Kejadian seumpama bukan satu perkara baru dalam negeri ini malah sudah berlaku sebelum PRN Sabah ke 16 yang lepas sehingga ramai calon yang mereka sertai berkempen tewas malah ada calon yang golongan terlibat sertai sampai hilang wang pertaruhan tegas beberapa peniaga yang ditemui.

Ahli parti politik yang gemar memperdaya beberapa kumpulan peniaga kecil juga sering bertukar tukar keahlian parti semata mata mencari ketua baru yang mampu memberi habuan pada mereka dengan misi memperdayakan orang ramai menyokong setiap perjumpaan mereka supaya dilihat ramai tanpa misi membantu rakyat sebenar tegas orang ramai yang ditemui.

Media Terkini dimaklumkan kumpulan terlibat masih lagi aktif mencari ketua ketua baru untuk mereka jadikan mangsa mendapat dana kepentingan mereka tanpa sokongan sebenar dikalangan rakyat jelata setempat.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kebenaran penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan