Sabtu, 12 Disember 2020


 COVID 19 SERANG LEBIH 71 JUTA PENDUDUK DUNIA 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Dalam mendepani serangan Covid 19 penduduk dunia harus mengamalkan penjarakan diri diantara satu sama lain serta kerap membasuh tangan dalam apa juga yang disentuh setiap hari agar virus boleh dinyahkan dari tubuh kita dengan keutamaan memakai pelitup muka (MASK) setiap masa berjalan dikhalayak ramai yakni menutup mulut dan hidung dan bukan disimpan pada bahagian dagu individu.

Mengikut laporan dunia hari ini lebih 71 juta orang sudah dijangkiti penyakit Covid 19 manakala jumlah kematian sudah melebihi 1.6 juta orang sehingga kehari ini tanpa ramai rakyat berfikir cara cara menghindarinya dipelusuk dunia.

Amerika Syarikat masih mendahului kes keseluruhan Covid 19 dengan jangkitan lebih 16 juta orang manakala kematian pula melebihi 302,000 orang masa kini.

Bagi negara India pula jumlah jangkitan lebih 9.82 juta orang manakala kematian penyakit Covid 19 pula melebihi 142,000 orang.

Negara Brazil masa kini mencatat jangkitan Covid 19 melebihi 6.82 juta orang manakala kematian telah melebihi 180,000  yang sangat menakutkan masyarakat seluruh dunia masa kini.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan mana mana iklan perniagaan tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan