Ahad, 20 Disember 2020

Oleh. Gason Dumiri 

JALAN RAYA TIULON SOOK PERLU PEMBINAAN SEMPURNA  

Dun Sook. Seluruh penduduk Rancangan Belia Tiulon dekat sini mengharapkan pembinaan Jalan Raya penghubung semua rumah kediaman mereka terutama kelancaran dalam aspek perparitan agar air banjir tidak memenuhi sepanjang jalan raya.

Pembinaan jalan raya tidak akan sempurna jika perparitan tidak diperbaiki seperti dilengkapi Parit Kongkrit disamping jalan raya juga wajar diaspal demi kemudahan seluruh penduduk setempat yang setia memberi sokongan kepada GRS, BN dan PN BERSATU jelas penduduk setempat.

Menurut masyarakat Dun Sook pada PRN ke 16 Sabah yang lepas Dun Sook, Dun Tulid, Dun Liawan, Dun Bingkor dan Dun Tambunan dimenangi oleh GRS, BN, PN dalam rakan BERSATU yang menjadi kerajaan bukan sahaja dalam Sabah malah Malaysia amnya tegas mereka.

Sebagai pelopur kerajaan Malaysia khususnya Sabah masa kini adalah menjadi harapan rakyat jelata diseluruh Rancangan Belia Tiulon  supaya pihak berkuasa tempatan mengaspal jalan raya dengan perparitan sepanjang jalan raya dibina secara kongkrit rayu mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuatkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan