Ahad, 13 Disember 2020

 MP UMNO PERLU JELASKAN JIKA MENYOKONG KETUA PEMBANGKANG  

Oleh. Gifkir Aming 

Pendedahan beberapa portal mengaitkan sepuluh MP UMNO menyokong Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri harus ditepis cara terbuka oleh kesemua MP UMNO yang dikaitkan dalam komplot tersebut jika ianya sekadar propaganda yang sengaja disebarkan.  


Antara lain yang disebarkan menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri terbaru ialah Dato' Seri Bung Mokthar Raden, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa lagi Ahli Parlimen Umno termasuklah Datuk Mohamad Alamin Ahli Parlimen Kimanis dalam beberapa portal terbaru walaupun belum ada sebarang kenyataan rasmi semua sepuluh MP UMNO yang dikaitkan dalam kenyataan berkaitan.

Majoriti ahli UMNO yang dihubungi kru Media Terkini menafikan perkara yang disebarkan selagi semua sepuluh MP UMNO belum rasmi mengeluarkan kenyataan mereka sendiri secara rasmi dalam memberi sokongan yang dianggap mereka sekadar propaganda politik yang cuba melemahkan kerajaan PN, BN, GPS dan GRS yang menerajui negara mendepani Covid 19 masa kini penuh bertanggongjawab. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Pengarang 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan