Isnin, 14 Disember 2020




 TIGA MP UMNO NAFI SOKONG KETUA PEMBANGKANG 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Tiga Ahli Parlimen UMNO (Gambar) telah menjelaskan tidak pernah menandatangani SD sebagaimana yang disebarkan pihak tertentu baru baru ini bagaikan kegemaran menyebarkan sesuatu ramalan yang tidak pernah wujud menjadi hobi golongan tertentu pada masa kini.

Sejak kebelakangan ini ramai yang suka membuat andaian mengikut naluri hati sendiri walaupun tidak ada suara dari golongan yang didakwa menyebabkan ada rakan politik mereka merasa curiga sebelum golongan terlibat menafikan kabar yang tidak benar tersebar meluas.

Sebagai masyarakat berpandangan jauh rakyat jelata masa kini bukan lagi generasi masa lampau yang boleh diperdaya dengan ramalan tanpa kebenaran dari empunya diri malah penyebaran ramalan ramai pemimpin UMNO berpaling tadah tidak lagi dipercayai rakyat berwawasan jauh. 

Tidak dinafikan sememangnya parti pembangkang masih ada penyokong mereka tersendiri yang setia  namun keupayaan kerajaan masa kini jelas banyak memberi kebaikan terhadap seluruh rakyat jelata diseluruh negara termasuk lah Sarawak dan Sabah jelas rakyat jelata yang ditemui.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau menyiarkan iklan didalam akbar ini tanpa kebenaran pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan