Rabu, 2 Disember 2020


 WASPADA PEMAKAI GELANG INI JIKA MASIH BERKELIARAN BEBAS 

Oleh. Jasly Dollah 

Masyarakat awam perlu berwaspada dengan warga disekeliling kita setiap hari berikutan pelbagai laporan yang boleh dipercayai terdapat pemakai beberapa jenis gelang seperti gambar atas terus berani  berjalan dipekan pekan terpencil bagi memasuki Supermarket, Mini Market, Kedai Runcil, Superstore dengan berjalan sembunyi  dari rumah kediaman menggunakan jalan tikus sampai pekan terpencil.

Pemakai beberapa jenis gelang pula bijak mengenakan baju panjang lengan agar gelang  Covid 19 tidak kelihatan yang ada dilengan mereka tanpa serba salah bercampur orang ramai memasuki mana mana kedai pekan terpencil bagi membeli belah barang keperluan rumah masing masing.

Hanya Supermarket, Mini Market, Super Store yang mengguna khidmat kawalan keselamatan yang berjaya menghalang pemakai gelang Covid 19 memasuki permis mereka setiap hari jelas mereka.

Sehubungan dengan pendedahan ini pasukan keselamatan harus lah mempertingkatkan kawalan disetiap pekan yang mempunyai Kedai Runcit, Mini Market, Super Store agar pemakai gelang Covid 19 tidak keluar jalan tikus yang dilaporkan berkumpul dengan rakyat asing yang dikenakan kuarantin ujar orang ramai yang ditemui dalam negeri Sabah. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan perniagaan tanpa kelulusan pihak penerbit. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan