Rabu, 4 Julai 2018

WASPADA PENJAJA BERGERAK WARGA ASING
Oleh. Joridis Anak Martine
Tamparuli. Warga KDM yang menjadi tumpuan penjual bergerak dilaporkan status warga asing perlu buka mata bagi menjauhi penjual seumpama berikutan mengelak dari pertambahan kumpulan mereka setiap hari dianggarkan mengaut keuntungan ratusan ringgit sehari dalam seorang, jika kumpulan terlibat bergerak dalam dua puluh orang sehari berapa kah hasil keuntungan warga asing terlibat terkumpul dalam sebulan tanpa ada membayar lesen atau cukai perniagaan mereka kepada kerajaan setial tahun dimana semua yang diperolehi adalah untung bersih jelas peniaga kedai kawasan Tamparuli.
Sehubungan dengan itu warga KDM Tamparuli harus berbincang dengan Datuk Jahid Jahem Wakil Rakyat DUN Tamparuli bagaimana mahu mengatasi kebanjiran penjaja warga asing tiap hari khususnya hari Rabu musim TAMU MINGGUAN, kes tersebut harus dibendung memandangkan dipercayai produk jualan mereka adalah bukan tulen dan sekadar bertahan jangka hayat bulanan sahaja seperti radio, jam tangan cermin mata tali pinggang dan bebrrapa lagi produk lain yang meragukan pelanggan terdahulu tegas peniaga kedai setempat yang terjejas perniagaan mereka ujar mereka.
YB. Datuk Jahed Jahem Wakil Rakyat Tamparuli harus bersama KDM setempat mendidik memboikot penjaja yang berjualan tanpa memberi keuntungan kepada kerajaan Malaysia  kearah masa depan Tamparuli bersih dari penjaja dipercayai warga asing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan