Sabtu, 21 Julai 2018

SABAH PENUH TANDA TANYA ?
Oleh. Bujie Tukarang. Menyingkap pelbagai isu yang disuarakan dalam media cetak tempatan (Sabah) ramai anak watan bercakap adakah PENDATANG ASING TANPA IZIN yang tidak ada rekod bila masuk kedalam negeri ini sesuai didaftarkan permit kerja?, sebaliknya adakah orang yang masuk secara salah dalam negara Sabah boleh dimaafkan tanpa dikenakan perbicaraan atau pengajaran setimpal kesalahan yang mereka lakukan bagaikan kita pula menggalak PATI itu terus diberi permit kerja walaupun mungkin baru semalam masuk Sabah.
Ini lah suara orang Sabah dikalangan bekas bekas Tentera bagi menyuarakan hasrat kerajaan Sabah memberi permit kerja terhadap  PATI yang tidak diketahui tarikh masuk ke Sabah dalam keluasan pesisir pantai laut mengelilingi negeri ini, bukan itu sahaja malah tidak dinafikan PATI senang masuk Sabah dipercayai mendapat perlindungan dari etnik senegara mereka yang kini berkerja tetap didalam negeri Sabah sejak sekian lama.
Pesara Tentera Sabah kebanyakan menolak hasrat mendaftar permit kerja dikalangan PATI memandangkan sudah lah mereka masuk dalam Sabah secara tidak sah pihak berkuasa pula bantu mereka, sangat jelas sesiapa sahaja PATI yang masuk kesetiap negeri dalam Malaysia adalah salah dan wajar dihukum setimpal kesalahan yang dibuat.
Bagaimana PATI dari negara lain atau PATI yang terlibat dengan jenayah adakah mereka juga diterima sesuka hati berkerja dengan permit yang bakal dilaksanakan oleh pihak berkuasa kerajaan masa kini perlu dibatalkan semula jelas pesara Tentera yang berpengalaman.
Negara akan lebih rugi jika memberi permit PATI yang tergolong penjenayah rentas sempadan (bagai melindungi mereka) berbanding mengambil tenaga kerja secara sah dari setiap negara jiran, bayangkan lah siapa yang membanjiri JUALAN ROKOK SELUDUP DALAM SABAH ?, nak dinafikan lagi cuba cuba oah jalan kaki ronda ronda lorong lorong kedai bandar besar dan jangan terlepas pandang tegas pesara Tentera yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan