Jumaat, 13 Julai 2018

GS TIDAK GENTAR PROPAGANDA PENYOKONG PH SABAH
Oleh. Basron Kirwan
Sabah. Propaganda penyokong PH dalam negeri ini konon nya kerajaan mereka akan mengharamkan beberapa parti tempatan Sabah tidak menggugat perjuangan dan kesetiaan seluruh ahli Star dan GS walau pelbagai tekanan dihadapi, rakyat Sabah tidak semua menyokong kerajaan Pakatan Harapan PH dengan 29 kerusi BN bercampur 2 kerusi STAR menjadikan 31 semuanya namun wakil rakyat yang disokong telah membelakangkan undi rakyat dengan menyertai PH tanpa restu rakyat Sabah sebenar.
Bagi ahli ahli GS dan rakyat Sabah jika ADUN BN yang menyertai sokongan pada PH berani bubar kerusi mereka dan adakan pilihan raya kecil antara PH dan GS dari STAR, PBS, UMNO, MCA serta MIC satu Gabungan Sabah yang kukuh.
Demikian dijelaskan Diana Abdullan dari Apin Apin Keningau bagi menjelaskan suara sebenar rakyat Sabah tanpa kompromi dengan YB YB yang menyertai PH demi kepentingan peribadi mereka, malah hingga kini tidak jelas apa YB YB yang menyertai PH perjuangkan tanpa berani bersemuka dengan seluruh rakyat jelata dikawasaan mereka masing masing terutama kawasan KDM dan SAMAH tegasnya.
Media Terkini yang menghubungi Timbalan Presiden STAR En. Jolumin Bayogoh dimaklumkan tidak ada sebarang surat sampai pada pejabat parti STAR berkaitan pembatalan sehingga berita ini ditulis walaupun dakyah penyokong PH berleluasa setiap hari demi menarik penyokong kuat STAR jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan