Jumaat, 13 Julai 2018

Ringkasan Berita
RAKYAT MINTA BANGUNKAN SABAH
Sabah. Kerajaan Pakatan Harapan seharusnya mengurangkan isu politiking dengan kes kes berkaitan kerjaya hakim hakim mahkamah demi menumpukan perhatian terhadap pengurusan pembangunan dan ekonomi negeri ini, rakyat jelata luar bandar bukan mahu mendengar cerita kes kes mahkamah atau perbicaraan pemimpin terdahulu sebaliknya menunggu projek pembangunan jalan jalan kampung paip air graviti diperbaiki rumah rumah bantuan rakyat termiskin yang sangat diperlukan rakyat berpendapatan RM800.00 kebawah khususnya dalam negeri Sabah.
Kiadan Godibis mendedahkan perkara ini sebagai pengetahuan para pemimpin kerajaan Pakatan Harapan khususnya bagi Sabah agar tidak keciciran dalam arus pembangunan luar bandar sepanjang penggal mereka memerintah, selain dari itu beliau juga mahu politiking dikurangkan bagi menumpukan perhatian pembelaan rakyat jelata terutama kawasan luar bandar sejajar dengan kepentingan pembelaan rakyat jelata yang amat memerlukan demi merubah status kehidupan mereka jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan