Ahad, 15 Julai 2018

 Oleh. Basron Kirwan
KERAJAAN SABAH HENTIKAN CADANGAN DAFTAR DOKUMEN PENDATANG HARAM
Sabah. Hasrat kerajaan negeri masa kini mahu mendaftar dokumen PENDATANG HARAM harus dihentikan serta merta demi rakyat berbilang kaum dinegeri ini yang masih ramai penganggur disamping keselamatan negeri dalam jangkamasa panjang, malah Pendatang Haram tidak ada peraturan hendak diberi dokumen memandangkan amat jelas mereka telah melakukan akta kesalahan Imeggresen tanpa menghormati perundangan dalam Sabah dan Malaysia amnya.
Luahan penyokong dalam Black Sunday 10 oleh Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) bersama Solidarity Rakyat NGO Pro Sabah (SORAK) diLintasan Daesoka dekat sini, bukan sahaja peserta melaungkan kebimbangan mereka malah menunjuk sepanduk sebagai bantahan hasrat kerajaan negeri pada masa akan datang, kelihatan Pengurusi Sorak Sabah Jamain Sarudin yang disokong pelbagai lapisan pemimpin Sabah termasuklah dari Star Datuk Dr. Jeffery Kitingan, Datuk Yong Teck Lee serta Datuk Jainab Ahnad Ayed dengan dibanjiri ratusan orang menandakan ramai lagi orang Sabah tidak menyokong hasrat kerajaan negeri ini.
Dalam konteks kerajaan Sabah memberi dokumen 800,000 Pendatang Haram dimana logiknya sama seperti Pelarian Perang diberi penempatan perlindungan dalam era 1970 an kini dilaporkan ramai pelarian perang kini sudah menjadi penduduk tetap Sabah dan mungkin telah ada yang memegang kad Pengenalan ujar peserta perhimpunan ini.
Berdasarkan hasrat NGO ini seharusnya orang asal Sabah perlu memberi sokongan membenteras Pendatang Haram dan bukan menyokong hasrat memberi dokumen Pendatang Haram jika sayamg dengan bumi Sabah mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan