Rabu, 3 Februari 2021

 Warga Kampung Minta Jalan Raya Dibaiki 

Oleh. Gifkir Aming 

Telipok. Penduduk Kg. Kebayau Tamalang meminta kerajaan negeri atau persekutuan memperbaiki sepanjang jalan raya mereka yang terakhir dibina dan diperbaiki semasa kerajaan Barisan Nasional dahulu. 

Sejak musim tengkujuh ini awal tahun ini terlalu banyak kerosakan sepanjang jalan raya tersebut dan sudah wajar diperbaiki dari simpang jalan raya Logkou Baru sehingga ke Kg. Tamalang Atas tegas penduduk setempat.

Kg. Kebayau Tamalang Atas Telipok merupakan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kerambunai dan Parlimen Sepanggar pada masa kini tahun 2021.

Penduduk setempat berharap luahan mereka mendapat perhatian kerajaan negeri Sabah mahupun Persekutuan secepat mungkin. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga dalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan