Oleh. Huzera Ben
Brazil. Ramai orang bertanya bilakah Covid 19 akan tidor buat selamanya berikutan masa kini ianya terus mengganas membunuh 2.37 juta nyawa seluruh dunia hari ini disamping menjangkiti lebih 108.29 juta orang.
Bayangkan kegusaran masyarakat yang sayangkan nyawa keluarga mereka mendepani serangan Virus Covid 19 ini terutama golongan negara negara miskin dan tengah membangun sudah pasti ada yang duduk rumah menahan kelaparan tanpa memperolehi sebarang pekerjaan semasa penyakit ini mengganas.
Menurut laporan dunia hari ini, angka kematian tertinggi serangan Covid 19 masih lagi Amerika Syarikat dengan lebih 486,000 manakala jangkitan melebihi 28 juta orang.Ini disusuli negara India dengan kematian serangan Virus Covid 19 melebihi 155,000 manakala jangkitan berjumlah 10.88 juta orang sementara Brazil pula mencatatkan kematian 236,000 disamping jumlah jangkitan lebih 9.71 juta orang hari ini.
Di United Kingdom telah merekodkan mangsa korban Covid 19 hari ini lebih 115,000 orang manakala jangkitan berjumlah 3.89 juta orang sementara Rusia mencatatkan angka korban serangan Covid 19 berjumlah 78,000 orang dan jangkitan melebihi 4.02 juta orang manakala negara Francis merekod angka kematian Virus Covid 19 berjumlah 80,000 orang dengan jangkitan 3.4 juta orang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan