Isnin, 8 Februari 2021


 PARTI MELAYU AKAN KUAT JIKA SEPAKAT 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Dalam mendepani Pakatan Harapan seluruh parti Melayu perlu bersepakat memperkasa kekuatan bagi meyakin seluruh rakyat dalam negara ini walaupun sentiasa ada perbezaan pendapat namun permaufakatan perlu ditunjuk kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. 

Kuasa undi yang rakyat tentukan bukan senang diteka apa tak lagi diramal berpihak mana mana parti semasa pilihan raya apa tak lagi kepimpinan atasan terus mempamerkan perpecahan mereka sesama sendiri tentunya menyukar keatas penyatuan rakyat jelata. 

Setiap pemimpin UMNO, PAS, BERSATU, GPS, GRS haruslah berusaha mempamerkan kerjasama dari sekarang jika berhasrat mahu mempertahankan Kerajaan Persekutuan yang ada sekarang dari ditawan semula pakatan harapan yang kini masih menjadi idola sebilangan rakyat dalam negara ini. 
Beberapa idea Tan Sri Anuar Musa kearah penyatuan parti parti Melayu masih amat berguna sebagai persediaan pilihan raya akan datang kearah mempertahankan sokongan undi rakyat terhadap kerajaan Malaysia yang berkuasa hari ini.

Apapun terserah kepada kepimpinan parti Melayu merealisasikan permaufakatan perjuangan mereka kearah meraih sokongan penuh rakyat dengan pemimpin tertinggi parti Melayu.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor







Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuat Iklan Niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan