Khamis, 18 Februari 2021

 Oleh. Huzera Ben

VIRUS COVID 19 RAGUT JUTA NYAWA 

Moscow. Virus Covid 19 terus menyerang dunia dengan kematian lebih setahun lepas hingga kini lebih 2.43 juta nyawa manakala jangkitan lebih 110.41 juta orang walaupun kesembuhan mencecah 85.31 juta orang. 

Amerika Syarikat sehingga hari ini telah merekodkan kematian serangan Covid 19 berjumlah lebih 502,000 orang manakala jangkitan lebih 28.45 juta orang.

India juga merekodkan jumlah kematian serangan Covid 19 lebih 156,000 manakala jangkitan lebih 10.94 juta orang disusuli Brazil dengan jumlah kematian lebih 242,000 orang sementara jangkitan pula melebihi 9.97 juta orang hingga hari ini. 

Virus Covid 19 dilaporkan tidak pernah tidor bagi sesiapa juga manusia yang lalai melanggar SOP khususnya penjarakan sisial dalam setiap pergerakan seharian dimana negara United Kingdom mencatat kematian lebih 118,000 orang dengan jangkitan Virus Covid 19 juga lebih 4.07 juta orang.

Dua negara lagi merekodkan kematian serangan Virus Covid 19 iaitu Rusia dengan angka lebih 81,000 orang manakala jangkitan lepasi 4.11 juta orang sementara negara Francis pula merekod kematian lebih 83,000 orang dan jangkitan pula 3.51 juta orang.

Setiap serangan Covid 19 diseluruh dunia harus diawasi semua lapisan masyarakat sekeliling tanpa mengira bangsa dan agama demi menyelamatkan setiap nyawa dimana juga berada.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan Pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan