Jumaat, 5 Februari 2021


 Berita Ringkas 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

MENGAPA PENJARAKAN SOSIAL SUKAR DIPATUHI ?

Sabah. Sudah setahun lebih penyakit Covid 19 melanda dunia namun masih ada masyarakat yang gagal mematuhi penjarakan sosial ditempat awam semasa tidak ada petugas berpakaian seragam melakukan robdaan disiang hari.

Anehnya semua hebahan berita yang disiarkan setiap hari bagai menyimbah air didaun keladi tidak lekat walau setitis demikian juga segelintir masyarakat yang langsung tidak mematuhi segala penjarakan sosial dikhalayak ramai membuatkan orang lain gerun melintasi kawasan terlibat.

Pendedahan masyarakat yang kerap melihat ramai orang gagal menjarak diri dimana mana tempat membeli belah dalam negeri ini setiap hari malah bila ditegur cara baik sekalipun hanya ketawa enggan mendengar ujar mereka.

Sekumpulan kru Media yang membuat tinjauan rawak aduan masyarakat ini mendapati ada kebenaran nya malah kru MEDIA yang lengkap beruniform sekalipun majoriti yang dilawati tidak memerhatikan pakaian yang melakukan pemerhatian terhadap mereka hampir seluruh negeri ini. 

Kemelut paling sukar dikawal adalah peminta sedekah bergerak, penjual rokok seludup berlindung bakul plastik hitam serta beg kain sandang yang dipercayai warga asing setiap hari merimaskan sebilangan warga asli Sabah.

Sama sama lah mematuhi saranan kerajaan Sabah dan Malaysia amnya mematuhi penjarakan sosial diri sekurang kurangnya 4 KAKI antara satu sama lain demi memutuskan virus Covid 19 menular dinegeri ini.

BOIKOT PENJUAL ROKOK SELUDUP JIKA MAHU MELIHAT SABAH BERSIH DARI KEGIATAN PENGEDARAN ROKOK SELUDUP.

JANGAN BIJAK BERCAKAP PEDAGANG ROKOK SELUDUP MUSUH NEGARA NAMUN DALAM POKET BAJU TERSISIP BEBERAPA KOTAK ROKOK SELUDUP. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan