Jumaat, 26 Februari 2021

 URUSNIAGA DI LAMAN SESAWANG MENGELIRUKAN 

Oleh. Gifkir Aming

Pertumbuhan peniaga dilaman sosial bagai kulat tumbuh selepas hujan sehingga ada yang tidak meniliti kualiti produk jualan dengan terus menempah dan membayar sebaliknya produk yang datang tidak sempurna namun ramai yang berat hati mengembalikan barangan yang ditempah. 

Antara luahan masyarakat yang ditemui berhubung urusniaga dilaman sosial tidak bertemu muka sehingga ramai yang merasa tertipu semasa melihat barangan yang diterima tegas mereka.

Selain dari itu ada juga individu yang sengaja berniaga didalam laman sosial bagi memudahkan penjualan produk mereka tanpa bertemu muka asalkan barangan laris tanpa mengira kualiti barangan jualan ungkap orang ramai yang ditemui.

Menurut orang ramai, urusniaga dilaman sosial muda tanpa perlu tapisan kata kata yang ditulis dan tidak ada jaminan produk yang diiklan didalam laman sosial cara percuma berbanding MENGIKLANKAN DIDALAM AKBAR YANG MEMENUHI BEBERAPA SYARAT PENGIKLANAN  TERMASUKLAH BERBAYAR sebagai menjamin pengiklanan tidak memperdaya pihak pelanggan terang mereka. 

Sehubungan dengan rungutan mangsa perniagaan dilaman sosial sejak beberapa bulan yang lepas melibatkan kain yang tidak sempurna seluruh warga Malaysia melibatkan Sarawak dan Sabah perlu membuka mata bagi mengelak urusniaga dilaman sosial agar tidak tertipu ujar orang ramai.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan