Selasa, 23 Februari 2021

Oleh. Jopis Anak Lagau

SEMANGAT BERDIKARI INDUSTRI PENYIARAN 

Sejak 1998 industri persuratkabaran kami memulakan langkah diperingkat kecil kecilan didalam penyiaran berita serta ruang pengiklanan dikalangan golongan peniaga kecil kecilan mahupun syarikat gergasi didalam dan luar negara.

Media Terkini diperingkat awal dipasarkan bercetak disemua kedai kedai menjual naskah akbar setiap awal pagi bersaing dengan semua akbar yang dijual seluruh negara termasuklah Sarawak dan Sabah yang banyak diminati semua lapisan masyarakat.

Sepanjang Media Terkini bersiaran cara bercetak ramai orang parti politik menempahnya sebagai  bahan bacaan dalam kumpulan ahli parti politik mereka, namun sejak bersiaran dalam online terdapat ahli ahli politik angkuh bagai tidak mengenali jenama akbar tersebut malah ada pula yang sudah tidak kenal dengan kru akbar tersebut walaupun bertahun bersemuka dengan mereka.

Kini Media Terkini bersiaran secara online yang diterajui golongan berpengalaman lebih dua puluh tahun dalam industri penyiaran walaupun terdapat ahli ahli parti politik yang angkuh memandang rendah dengan peneraju penyiaran terlibat tanpa menerima hakikat orang bawahan mampu duduk diperingkat tertinggi berkat kegigihan usaha mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan