Sabtu, 20 Februari 2021

 COVID SERANG MANUSIA TIAP HARI 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Lebih 2.45 juta nyawa manusia diragut virus Covid 19 seluruh dunia hari ini manakala jumlah jangkitan juga melebihi 110.81 juta orang diseluruh dunia hari ini. Rekod kesembuhan seluruh dunia sejak setahun yang lalu ialah 85.75 juta orang dilaporkan golongan yang sihat dan generasi muda mudi. 

Rekod tertinggi jangkitan dan kematian Covid 19 masa kini masih lagi Anerika Syarikat dengan kematian 504,000 manakala jangkitan 28.51 juta orang.

Turut merekod kematian hari ini ialah India dengan jumlah  Lebih kurang 156,000  manakala jangkitan 10,96 juta orang masa kini diseluruh dunia.

Brazil hari ini terus merekodkan kematian  lebih 243,000 orang manakala jangkitan juga melepasi 10 juta orang berbanding United Kingdom dengan kematian 119,000 orang bersamaan lebih 4.08 juta orang hari ini.

Bagi negara Rusia jumlah kematian serangan Virus Covid 19 melebihi 81,000 orang manakala jangkitan direkodkan 4.12 juta orang sehingga kehari ini, sementara Perancis dilapor kematian serangan Virus Covid 19 dengan lebih 83,000 dan jumlah jangkitan penyakit tersebut melebihi 3.53 juta orang.

Warga dunia mengharapkan Virus Covid 19 akan musnah sebaik sahaja Vaksin disebarkan kepada seluruh masyarakat berbilang bangsa dan ugama dimasa akan datang. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan