Isnin, 15 Februari 2021

 Oleh. Gason Dumiri 

STAR BERPENGARUH PARLIMEN TUARAN ?

Masyarakat KDM Parlimen Tuaran khususnya Dun Tampaluri dan Dun Kiulu berkeyakinan kemantapan pemimpin peramah berjiwa rakyat yang selalu menemui warga setempat mampu menggalas permaufakatan jika berpeluang menjadi pilihan langkah kepimpinan dalam pilihan raya akan datang. 

Perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi STAR, BERSATU, PBS, UMNO, PAS, PBRS, SAPP, GERAKAN, MCA dan MIC jika sekata dalam menghadapi pilihan raya parlimen akan datang rakyat setempat yakin STAR mampu mendepani pilihan parti lawan Pakatan Harapan bersama UPKO dan Warisan. 

Pengurusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mukim Gaya Ratau Dun Tampaluri En. Paranting Lipayan yakin kepimpinan GRS, PN, BN mampu maufakat memilih calon terbaik  dan mampu menang di Parlimen Tuaran akan datang asalkan semua ahli ahli parti siap siaga berkhidmat pada rakyat tanpa hentinya sehingga pilihan raya akan datang katanya.

Sementara itu seorang penyokong PBS yang ditemui Juanis Tulah berkeyakinan para pemimpin parti PBS, STAR, UMNO, PAS, PBRS, PPBM, MCA, GERAKAN, MIC dan SAPP mampu duduk semeja calon parlimen Tuaran yang terbaik dan diterima seluruh rakyat setempat demi menawan semula kerusi tersebut yang dimiliki Pakatan Harapan, Warisan dan Upko masa kini ujarnya.

Kru Media Terkini yang membuat tinjauan dikawasan Parlimen Tuaran dimaklumkan keseimbangan pengundi dalam 4 kerusi Dewan Undangan Negeri seperti Dalit, Sulaman, Tampaluri dan Kiulu mewakili Muslim dan KDM dimana tidak bermasaalah besar menawan semula sokongan pengundi jika terpilih pemimpin yang mesra dan berjiwa rakyat sepanjang politik mereka.

Antara yang menjadi sebutan warga KDM Parlimen Tuaran muda menemui masyarakat setempat ialah En. Jasmin Dulin mesra rakyat disamping memimpin STAR kawasan Dun Tamparuli ujar mereka.

Jasmin Dulin merupakan orang lama dalam perjuangan STAR tanpa goyah dengan mana mana pengaruh politik parti lawan demi mempertahankan perjuangan berani dinamik disamping mempertahankan sokongan rakyat menerusi kejujuran dan kesetiaan dalam politik jangkamasa panjang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan