Selasa, 9 Februari 2021

 PEMBUKAAN KEDAI KOPI RESTORAN HARAP PATUHI SOP 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Pengusaha kedai makan dan kedai kopi diminta mematuhi SOP bermula esok 10 Febuari 2021 dengan hanya 2 orang satu meja sahaja disamping lain laluan masuk dan lain laluan keluar bagi memutus penularan Covid 19.  

Pintu masuk kedai kopi dan restoran seharusnya dikawal ketat pemeriksaan suhu setiap pelanggan masuk disamping memakai pelitup muka menutup hidung dan mulut dan bukan nya sangkut didagu.

Pengumuman ini seringkali diulang oleh Menteri Pertahanan Malaysia Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob serta Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Norhisyam Abdullah namun masih banyak laporan masyarakat enggan memakai pelitup muka dengan sempurna.

Masyarakat awam sudah tidak mempunyai alasan tidak tahu perkara tersebut memandangkan setiap hari akbar seluruh negara sentiasa membuat hebahan bagi mengingatkan semua lapisan masyarakat yang tinggal diseluruh negara Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan