Selasa, 2 Februari 2021

 PERKASA RONDAAN PANTAU BERKELIARAN  

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Kawalan rondaan perlu dipertingkatkan bagi mengekang penularan Covid 19 dibandar pekan dan perumahan yang jelas masih ramai berkeliaran bebas tanpa ada kerja yang dibuat golongan terlibat. 

Penyakit Covid 19 bukan muda dibasmikan jika masyarakat masih gagal mematuhi segala SOP yang disediakan oleh kerajaan namun masih ramai masyarakat melanggari nya duduk berkumpul ditepi tepi bangunan kedai dalam bandar mahupun pekan diseluruh negeri ini. 

Antara pendedahan aktivis masyarakat George Paulus semasa menghubungi Media Terkini sebagai mengulas tingkah laku segelintir masyarakat dalam negeri ini walaupun PKP namun ada juga yang sengaja melanggar SOP yang ditetapkan duduk beramai ramai berbual kosong disamping jual rokok seludup serta judi nombor gelap dan perjudian teka wahui jelasnya. 

Ada juga dikalangan masyarakat yang mengabaikan penggunaan pelitup muka dengan sempurna menutup mulut namun hidung terus terbuka dikhalayak ramai seolah olah bagaikan Covid 19 sudah berlalu tanpa menghiraukan keselamatan orang lain berhampiran dengan mereka katanya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan