MAMPUKAH COVID 19 DISIFARKAN?
Oleh. Basron Kirwan
Usaha kerajaan memutuskan rangkaian Covid 19 didalam negara ini seharusnya mendapat sokongan seluruh lapisan masyarakat dikhalayak ramai setiap hari tanpa mengira bangsa dan agama apa tak lagi generasi muda mudi yang tergolong cerdik pandai dalam mentelaah penyiaran berita nasihat mematuhi SOP semasa berada diluar rumah.
Sejak awal tahun 2021 ini lonjakan jangkitan penyakit Covid 19 semakin meningkat mendadak tinggi diseluruh negara malah kes kematian sudah mencecah 770 nyawa dan sewajarnya dijadikan iktibar masyarakat mematuhi setiap SOP yang disarankan oleh pemerintah disetiap negeri.
Kru Media Terkini seluruh negara yang membuat tinjauan dimaklumkan sudah lebih setahun Covid 19 menyerang seluruh negara dengan pelbagai usaha kerajaan memutus rangkaian penyakit tersebut, namun masih terdapat masyarakat yang dilaporkan ingkar segala pematuhan semua SOP yang diumum setiap kerajaan negeri agar sama sama mematuhi segala arahan terlibat semasa dikhalayak ramai masyarakat terus ramai mengingkari SOP yang terlalu muda untuk dilaksanakan.
Kesedaran masyarakat lebih awal mampu menyelamatkan seluruh jiwa rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan