Selasa, 7 Julai 2020

SUNGAI GINATAI PERLU DIBINA JAMBATAN KONKRIT
Oleh. Gason Dumiri
Tamparuli. Ribuan orang pengguna jalan raya menyeberangi Sungai Ginatai merentasi perkampungan Loputung dengan beberapa kampung seperti Madang tembus ke Wangkod Topokoon dengan tanah pertanian penduduk sepanjang jalan milik penduduk orang tempatan menuntut pembinaan Jambatan Konkrit secepat yang boleh sama ada dipihak kerajaan Sabah mahupun Kerajaan Pusat Perikatan Nasional agar pengguna tidak lagi terkandas dimusim banjir bagi menyeberangi Sungai tersebut.
Hampir 60 tahun warga petani menyeberangi Sungai Ginatai Loputung akan terkandas dimusim banjir akibat tidak memiliki Jambatan Konkrit menyebabkan kebun pertanian mahupun buah buahan tidak dapat dipasarkan sehingga banjir surut menyebabkan kerugian golongan petani disamping membahayakan murid murid sekolah yang menyeberangi sungai tersebut dimusim hujan tegas penduduk yang menggunakan jalan raya menyeberangi Sungai Ginatai hanya menyeberangi dipermukaan pasir sungai tersebut.
Gambar menunjuk orang kampung melintasi Sungai Ginatai hanya pada musim kemarau manakala musim hujan tidak boleh dilalui tanpa Jambatan Konkrit.

1 ulasan: