KUATNYA POLITIK DARI RAKYAT JELATA
Oleh. Jasly Dollah
Sabah. Kekuatan sesebuah parti politik adalah bersandarkan sokongan padu dari seluruh rakyat jelata yang berdaftar sebagai pemilih, selain dari itu parti parti politik yang mempunyai rangkaian permaufakatan besar juga mampu memperkasa kekuatan luar biasa bagi menghadapi parti parti lawan yang berhasrat serupa meraih sokongan dari segenap lapisan rakyat jelata disetiap negeri yang cuba ditawan para pemimpin parti politik dalam negara ini.
Sejak kebelakangan ini parti parti politik dalam Sabah masing masing berusaha meraih sokongan rakyat jelata sama ada didalam mahupun luar bandar sebagai langkah persediaan pin han raya kali ke 15, namun bagi rakyat luar bandar impian mereka adalah pemimpin yang benar benar berupaya turun padang mendekati serta mendengar suara hati mereka agar apa juga permasaalahan kampung dapat diselami pihak pemimpin terbabit disamping berusaha menyelasaikan nya.
Kru Media yang membuat tinjauan dalam negeri ini sejak beberapa hari lalu dimaklumkan sesiapa sahaja yang mampu membentuk permaufakatan dikalangan parti parti politik tempatan pasti berjaya memperolehi kemenangan dalam pru ke 15, sebaliknya jika gagal mendampingi rakyat jelata secara keseluruhan sehingga kemasa pilihan raya ke 15 akan datang sudah pasti rakyat jelata akan memilih mana mana pemimpin parti politik yang rajin turun padang menemui mereka tanpa mengira masa dan tempat pertemuan tidak formal dikampung rakyat masing masing.
Nota. Dilarang membuat ulasan bertulis tanpa kebenaran dari Pengarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan