Khamis, 30 Julai 2020

LANGKAH KANAN PEMBUBARAN DUN SABAH
Oleh. Jasly Dollah
Melalap. Pembubaran Kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah merupakan hadiah besar bagi seluruh rakyat yang berdaftar sebagai pemilih bagi membuat pemilihan tujuh puluh tiga wakil rakyat Sabah yang benar benar berjuang membela rakyat jelata sebenar disamping berwawasan memelihara kedaulatan hak negeri ini dalam jangkamasa panjang, selain dari itu calon yang dipilih hendaklah orang yang bersih dari segala perilaku tidak baik berjiwa rakyat tanpa ada pilih kasih dalam mendampingi seluruh rakyat dalam tanggongjawab mereka apa tak lagi calon Wakil Rakyat yang sekadar memelihara puak angkat kaki mendabik dada disebaliknya ditolak oleh rakyat jelata jiran tetangga mereka diperingkat kampung masing masing dalam apa juga program yang diusahakan golongan terlibat akibat tidak mesra warganya sendiri.
Aktivis Masyarakat Dun Melalap Gosibin Yosundang (Gambar) berkata demikian dalam wawancara Media sejurus pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini agar seluruh rakyat jelata yang berdaftar sebagai pemilih tanpa mengira usia bangsa dan agama benar benar meneliti calon yang bakal menjadi pemimpin setiap kawasan mereka agar bersih segala galanya, malah bakal menerajui kepimpinan Sabah juga hendak lah orang yang benar benar berjuang mempertahankan Sabah dari kemasukan PATI dalam jangkapanjang demi kepentingan rakyat Sabah dan Malaysia yang sebenar khususnya generasi muda mudi serta cucu cicit akan datang jelas beliau.
Sebagai rakyat Sabah sama sama lah memelihara keselamatan sepanjang pilihan raya negeri kali ini dengan mematuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan terutama penjarakan diri masa berkempen dan membuang undi, memakai mask (pelitup mulut dan hidung) cara yabg betul disamping menggunakan pencucj rangan yang disahkan oleh kementerian kesihatan Malaysia serta mengelakan perbelahan dalam setiap gerak kempen sepanjang pilihan raya agar keselamatan sentiasa terpelihara dengan menguji suhu badan setiap hari katanya.






Nota. Tidak dibenarkan mencatat ulasan dalam ruang akbar ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan