Khamis, 30 Julai 2020

DUN SABAH BUBAR
(Rakyat Bebas Memilih)
Kerusi DUN Sabah hari ini diumum bubar oleh Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah dalam sidang media di Pejabat Pusat Pentabdiran Negeri  tengahari tadi.
Kemelut ini berlaku berikutan beberapa ADUN Warisan, Upko dan PKR dilaporkan memberi sokongan kepada PN pimpinan Tan Sri Mohyiddin Haji Mohd. Yassin Perdana Menteri Malaysia yang diusahakan oleh Tan Sri Musa Aman Mantan Ketua Menteri Sabah.
Sehingga berita ini ditulis keadaan di Kota Kinabalu terkawal dengan kesiap siagaan Polis DiRaja Malaysia memantau kawalan Keselamatan.
Sementara kumpulan ahli politiking kedai kedai kopi sibok mencari peluang menemui para pemimpin parti politik menawarkan jentera berkempen konon nya mereka mendapat sokongan padu warga orang kampung dalam apa juga parti yang dibawa walaupun orang kampung terlibat tidak menemui mereka.





Nota. Tidak dibenarkan membuat ulasan dalam akbar ini tanpa kebenaran dari penerbit. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan