Rabu, 1 Julai 2020

 SOP PEMAKAIAN MASK TIDAK DIPATUHI
Oleh. Helary Sukiono
Kota Kinabalu. Masyarakat didalam daerah ini mengabaikan pemakaian MASK dikhalayak ramai mahu
pun didalam kenderaan pengangkutan awam (BUS MINI) melibatkan wargatua dan pemuda serta gadis gadis sunti tanpa menghiraukan orang ramai disekeliling mereka.
Edisi Siasat yang melakukan tinjauan rambang sekitar daerah Kota Kinabalu terperanjat melihat pemuda dan gadis sunti langsung tidak segan tidak memakai mask dikhalayak ramai serta dalam bus mini pengangkutan awam walaupun sepanjang hari Media Massa Radio,  TV Menyiarkan pemakaian mask setiap masa semasa berada dikhalayak ramai mahupun didalam pengangkutan awam bus mini.
Edisi Siasat yang menghubungi pejabat Ketua Daerah Kota Kinabalu memaklumkan perkara terbabit dengan harapan satu tindakan khas dibuat bagi pihak kerajaan bagi memantau seluruh Kota Kinabalu supaya orang ramai mematuhi pemakaian Mask dikhalayak ramai bagi mencegah penularan Covid 19 dari masa kesemasa secara berterusan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan