Selasa, 21 Julai 2020

 INDIVIDU HINA KDMR DAYAK DIMINTA SERAH DIRI
Oleh. Jasly Dollah
 Sabah. Individu yang menghina etnik KDMR khususnya orang asal Sabah dengan menggunakan nama Farrel  Ferhad serta bergambar (seorang
diri)  diminta serah diri dipejabat Mahkamah Anak Negeri Keningau bagi menyelasaikan semua perbuatan yang dilakukan nya mengikut perundangan Mahkamah Anak Negeri.
Farrel  Ferhad telah diarah menghadirkan diri ke Mahkamah Anak Negeri Keningau  Selasa 21 Julai 2020 namun gagal menghadirkan diri.
Menurut makluman Mahkamah Anak Negeri Keningau Penama tersebut diminta melaporkan diri di Pejabat Mahkamah Anak Negeri Keningau berikutan laporan penyebaran kata kata yang mengaibkan bangsa KDMR didalam Laman Sosial seperti laporan sekumpulan mewakili Suku Bangsa Etnik KDMR dipejabat Mahkamah Anak Negeri Keningau namun tidak menghadirkan diri jelas Muhammad Ridzuan Abdullah John semasa ditemui bersama sekumpulan Wakil etnik KDMR di Mahkamah Anak Negeri Keningau hari ini.
Kru media dimaklumkan oleh Mahkamah Anak Negeri Keningau bahawa Penama Farrel Ferhad diberi masa sebanyak tiga kali tempoh panggilan sebelum tindakan tegas dibuat mengikut perundangan berdasarkan aduan wakil dari KDMR dipejabat Mahkamah baru baru ini.
Sehubungan dengan ini penama tersebut boleh menemui Pejabat Mahkamah Anak Negeri Keningau bagi mendapat maklumat lebih lanjut perkara yang direkodkan dipejabat tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan