Berita Ringkas
Oleh. Gason Dumiri
Sabah. Kemelut laporan tawar menawar dikalangan Adun Kerajaan Sabah dari DAP dan Warisan membuatkan banyak laporan Polis telah dibuat sehingga kehari ini, rakyat jelata tertanya tanya adakah tawar menawar yang dilapor kepada Balai Polis berhampiran golongan ADUN yang membuat repot berkenaan menerima ancaman keras bersama keluarga atau sekadar tawaran sesuatu imbuhan yang tidak diketahui bak kata orang tidak jelas apakah imbuhan sebenar yang dikatakan panas panas politik masa kini.
Menurut beberapa aktivis politik veteran yang sempat ditemui lumrah dalam politik ada bahang cerita panas tawar menawar sebaliknya jika seseorang wakil rakyat itu tidak menerima tawaran yang cuba dipanaskan tidak mungkin agent membuat penawaran mampu memudaratkan wakil rakyat terlibat mahupun keluarganya dimana cerita seumpama berpuluh tahun sudah berlaku namun tidak ada kesudahan tawaran yang digembar gemburkan tegas mereka.
Nota. Dilarang mencatatkan sebarang ulasan dalam akbar ini tanpa kebenaran dari penerbit. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan