Khamis, 30 Julai 2020

PEMBUBARAN DUN SABAH DITUNGGU PENGUNDI
Oleh. Gifkir Aming
Pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah yang ditanda tangani oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Juhar Haji Mahiruddin telah mengembalikan semula kepada rakyat bagi mengundi wakil wakil yang dicalonkan mewakili parti yang bertanding termasuklah dikalangan calon bebas bagi menawarkan diri menjadi wakil rakyat, sejak Datuk Seri Panglima Shafie Apdal mengumumkan pembubaran kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah pelbagai bahan dilaman sosial mempamerkan daya kepimpinan meraih sokongan rakyat jelata disetiap kawasan masing masing disamping memancing presiden parti tertentu  mempergunakan mereka menjadi calon dalam pilihan raya negeri namun ramai rakyat sekampung dengan mereka sekadar tersenyum dimana tak pernah pun berbakti pada warga kampung yang susah keluh warga setempat.
Menurut Herry Paulus dari Parlimen Tenom hati hati kali ini dimana kemunculan kaki kempen dan calon terjun yang sekadar cari tempat namun tidak pernah mendekati rakyat sebelum pilihan raya mahupun selepas pilihan raya ujar beliau.
Kru media yang menjelajah dinegeri ini sebaik Dun dibubarkan mendapat maklumat dari orang kampung ramai yang mendekati mereka berhasrat menjadi calon kali ini sebagai terjun namun hanya mampu menyusun kata meraih sokongan segelas mineral kecil pun payah dihulur pada orang kampung ujar mereka.







Nota. Dilarang membuat sebarang ulasan dalam ruangan ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan