Isnin, 8 Oktober 2018

Oleh. Basron Kirwan
SEMUA HUKUMAN WAJAR DISELARASKAN
Masyarakat dalam Sabah meminta sebarang hukuman pesalah di Semananjung Malaysia harus diseragamkan bagi Sabah Sarawak agar tidak menjadi trend pencarian nafkah keluarga secara bebas dalam kedua dua negeri, malah amat jelas dalam Sabah penjual rokok seludup dan barang tiruan sentiasa berkeliaran setiap hari dengan menjadi rebutan warga miskin penduduk luar bandar disebabkan murah berbanding barangan tulen yang mahal disebabkan kualitinya yang lebih terjamin.
Pendedahan beberapa kenyataan yang disampaikan oleh beberapa pengguna dalam Sabah kepada media sebagai mengulas keratan akbar tempatan Sabah minggu lalu.



PELIK TAPI BENAR KEDAI MAKAN SESEKALI MENGELIRUKAN
Lihat sahaja mana mana kedai bukan Halal SERVE NO PORK menarik perhatian bagi umat Islam memasuki menempah makan dan minum dalam negeri Sabah dengan mendapat diskaun antara RM2.00 hingga RM3.00 memang diluar jangkaan tapi sudah bertahun daya tarikan seumpama berjalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan