Rabu, 31 Oktober 2018

BERITA RINGKAS
Oleh. Basron Kirwan
PBS BAHAGIAN INANAM KEHILANGAN AHLI YANG RAMAI
Dun Inanam. Kepimpinan PBS bahagisn Inanam perlu menjawab punca kehilangan ahli ramai diperingkat cawangan perkampungan berikutan penyertaan beramai ramai kedalam parti Keadilan Rakyat dan parti Warisan Sabah sejak Julai 2018 lalu, berdasarkan beberapa salinan yang diperolehi terlalu ramai orang orang ahli PBS diperingkat kampung bagi DUN Inanam bakal menjadi pengundi pada pemilihan PKR di Dewan Masyarakat Menggatal pada 3 November 2018 Sabtu ini namun jentera PBS Bahagian Inanam masih sukar dihubungi media sebagai mendapat ulasan berkaitan kehilangan ahli mereka.
Media Terkini juga mendapat maklumat terdapat penjawat setiausaha PBS Cawangan yang pemegang kad ahli juga langsung tidak mendapat peluang menghadiri mesyuarat diperingkat cawangan yang diprogramkan oleh jentera PBS Bahagian tahun ini, ini perlu diteliti oleh jentera politik Gabungan Bersatu Sabah (GBS) agar tidak menular lebih parah lagi bagi jentera persediaan PRU ke 15 yang akan datang kearah merampas semula kerusi kerajaan negeri Sabah ujar penyokong PBS dan GBS yang diterajui gabungan Bersatu Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan