Sabtu, 13 Oktober 2018

ISU TEMPATAN
STAR DILAPOR MENONJOL PARLIMEN KENINGAU
Oleh. Jopis Anak Lagau
Program program parti STAR lebih banyak penonjolan dalam kawasan Parlimen Keningau berbanding daerah lain sejak PRU ke 14 berlalu dimana kepimpinan setiap bahagian lain bagai tak kedengaran suara bagi menghebahkan perjuangan pada rakyat secara umum, tidak kurang juga maklumat rakyat jelata diluar kawasan Keningau mengakui jarang mendapat maklumat terhadap program Parti STAR sebagai persediaan berjuang dalam rangka berpasukan Gabungan Sabah demi menawan semua kerusi DUN Sabah pada PRU ke 15 akan datang.


Rancangan memansuhkan hukuman mati mandotori tidak semua rakyat bersetuju terutama di Sabah yang terdedah dengan ancaman penculikan, pencerobohan pengganas negara jiran disamping ancaman dadah dari masa kesemasa, kerajaan baru PH perlu menimbang perkara ini jika pemimpin kerajaan masa kini tidak mampu memberi jaminan bahawa ancaman penculik dan pencerobohan tidak boleh berlaku lagi. Warga anak negeti Sabah juga menyokong pandangan Tan Sri Musa Hasan bahawa tidak wajar hukuman mati terhadap pesalah jenayah berat dimansuhkan ujar mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan