Jumaat, 19 Oktober 2018

BERITA RINGKAS
AHLI PKR BERKUASA DALAM PEMILIHAN
Oleh. Jasly Anak Dolah
Tuaran. Seluruh ahli PKR kawasan Cabang Parlimen Tuaran boleh menunjuk taring mereka bagi memilih kepimpinan baru Cabang tersebut pada 3 November 2018 akan datang, persaingan empat penjuru calon Ketua Cabang hanya akan ditentukan oleh semua ahli yang bakal keluar mengundi pada 3 November 2018 dimana sehingga berita ini ditulis masing masing ahli hampir 4,000 sedang meneliti semua calon calon yang bakal bertanding tanpa ada paksaan serta memiliki simpati sesama rakyat jelata yang wajar mendapat perhatian bergelar orang politik.
Sementara itu tinjauan kru media kawasan Tuaran hari ini 20 Oktober 2018 mendapati ramai ahli veteran PKR Cabang Tuaran memaklumkan nama Rajimit Gunong banyak berkorban bagi  memainkan peranan memperkemaskan jentera parti serta sokongan penuh seluruh rakyat jelata sebelum PRU Ke 14 yang lalu, namun hasil
bantuan beliau terhadap seluruh ahli bagai tidak dihiraukan oleh pihak atasan ujar mereka.
Gambar. Rajimit Gunong pejuang politik yang terbanyak pengorbanan terhadap parti PKR Cabang Tuaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan