Selasa, 30 Oktober 2018

 BERITA RINGKAS 31 Oktober 2018
KEADILAN SEPANGGAR EMPAT PENJURU
Oleh. Williem Anak Lagau
Parlimen Sepanggar. Persaingan calon calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Sepanggar nampaknya saling meraih sokongan undi dikalangan ahli ahli PKR setempat tanpa kenal lagi dengan para pengunjung masyarakat Sabah dan Malaysia amnya, ini jelas berikutan saling membahaskan perjuangan masing masing jika dipilih Ketua Cabang namun lupa pula bahawa orang ramai yanh hadir pada majlis mereka ini merupakan lebih menanti amanat Datuk Seri Anuar Ibrahim Ahli Parlimen Port Dickson Negeri Sembilan merangkap Ketua Umum PKR Malaysia tanpa kelibat dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi disamping tidak dijelaskan jam berapa ketibaan Datuk Seri Anuar Ibrahim kepada seluruh tetamu dan wakil wakil media dimajlis tersebut.
Senarai calon Ketua Cabang Sepanggar yang berada dalam Dewan Masyarakat Menggatal ialah, Ali Bidin (Pesara Polis) Ramlan Naim (Aktivis Politik) Datu Nani Sakam (Aktivis Politik ) namun Bekas YB. Roland Chia gagal ditemui Media pada pagi majlis berkenaan, media juga tercari cari dimanakah tempat media membuat liputan berikutan tidak ada jawatankuasa yang mengelolakan kehadiran kumpulan media yang tidak melibatkan diri dalam politik sehingga jam 11.30 pagi sekumpulan media nasional meninggalkan majlis tersebut hari ini 31 Oktober 2018. Setakat jam 11.30 pagi kerusi dalam Dewan Masyarakat Menggatal tidak memberangsangkan kehadiran walaupun Ahli Parlimen Miri Sarawak berada dalam Dewan berserta rombongan beliau termasuklah Mantan Calon PKR Parlimen Tuaran Chrisnadia Sinam yang  tidak melihat kelibat kru media nasional memerhati majlis tersebut. Semoga PKR pusat akan memperbaiki kelekaan ahli ahli mereka diperingkat ranting dan cabang pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan