Rabu, 17 Oktober 2018

BANDARAYA KOTA KINABALU SEMASA
Oleh. Basron Kirwan
Sabah. Berdasarkan perkembangan semasa di Kota Kinabalu hampir serupa apa yang dipaparkan unit penyiaran di Semporna kanak kanak dan orang tua bertaburan duduk meminta sedekah tanpa disedari orang ramai yang sering menghulurkan sumber kewangan tanpa had mengikut kehendak individu, demikian juga di Kota Kinabalu amat jelas taburan peminta sedekah melibatkan kanak kanak kecil yang menangis sepanjang hari membuatkan orang ramai lebih tertumpu menghulur wang ringgit tanpa dikira terlebih dahulu jelas orang ramai yang ditemui.
Taburan peminta sedekah di Kota Kinabalu melambak tumbuh bagai cendawan berikutan sokongan banyak dari orang ramai termasuklah kakitangan kerajaan dan sektor swasta dipelusuk Sabah, jelas mempamerkan ada yang sengaja tidak menyingkir peminta sedekah didepan mata ini tanpa merasa segan walaupun kejadian ini berlaku dikalangan orang orang berjawatan tinggi namun turut juga menghulurkan wang ringgit tanpa sempadan jelas warga anak Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan