Rabu, 10 Januari 2018

SOROTAN HARI INI
Oleh. Media Terkini
Parlimen Sepanggar. Parti Warisan Sabah Gerak Langkah menemui rakyat kawasan Tamu dan Kedai Kedai Pekan Telipok dengan rombongan hampir 40 orang mengharap sokongan anak watan Sabah menjelang pilihan raya ke 14, gerak langkah bersama rakyat jelata mereka sekadai santai bersalam tangan dengan mengedar risalah Parti Warisan sambil dipantau oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia tidak berpakaian seragam sebagai langkah keselamatan semua pihak.
Bagi beberapa penyokong Wanita Warisan Sepanggar pula bertindak lantang cuba menghalang jurugambar pelbagai media dari Semananjung  Malaysia Sarawak yang melakukan tinjauan situasi politik Sabah dengan secara bertepatan bertembung ditamu mingguan Telipok hari ini.
Kemantapan para pegawai kerajaan BN mendekati dan mendapat maklumat suara rakyat jelas mempamerkan pertembungan dengan pemimpin Warisan Parlimen Sepanggar dan Dun Inanam penuh kematangan tidak berlaku percanggahan suara politik demi menjaga hati masyarakat setempat.
Dalam konteks kepimpinan matang siapapun jurugambar berlesen harus dihormati sebagai meraih sokongan rakyat jelata agar tidak mempamerkan pemimpin kurang kefahaman berhadapan masyarakat awam, mujurlah sebilangan jurugambar yang cuba dihalang membuat rakaman gambar itu berganding bahu dengan pasukan polis membuat penggambaran dipekan Telipok pada pagi 11 Jan 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan