Jumaat, 12 Januari 2018

Oleh. Williem Anak Lagau
PARTI PEMBANGKANG GUNA PAKAR JURUGAMBAR?
Sabah. Sejak beberapa bulan lalu terdapat PARTI PEMBANGKANG guna kumpulan JURUGAMBAR bagi strategi mempamerkan penyokong mereka tidak kira ahli atau bukan ahli asalkan duduk bersama tetap akan dimuat naik penyokong mereka dipelusuk negeri ini, tidak hairan lah jika ada PARTI PEMBANGKANG bagai tidak senang duduk melihat KAKITANGAN AKBAR BERLESEN menjejaki mereka dalam setiap perjumpaan terutama sekali bertaraf peringkat nasional gelagat mereka tetap gelabah.
Dalam konteks terbaru beberapa parti pembangkang membuat lawatan mendekati rakyat enggan dirakam gambar oleh pihak Media namun dengan orang ramai terus melaungkan SLOGAN UBAH tanpa berfikir panjang agenda sebenar golongan terlibat, selain dari itu ada juga pemimpin bawahan parti pembangkang (Bukan Anak Negeri) yang gemar mempertikaikan peranan Syarikat Akbar yang condong memuatkan berita berita didada akbar berkonsep lebih kepada isu isu kerajaan semasa.
Selain dari itu ada juga kumpulan Parti Pembangkang yang cuba menjauhi Akbar atas sebab melebalkan Akbar ini semua milik kerajaan tanpa usul periksa bahawa ada akbar ini syarikat persendirian menjalankan perniagaan namun pemimpin Parti Pembangkang terus menjauhkan diri atas sebab gagal dalam perbincangan dengan syarikat industri akbar secara maufakat, oleh yang demikian adalah menjadi harapan rakyat Sabah agar para pemimpin parti politik sama sama  memberi manafaat serta kepentingan bersama semua Akbar Berlesen dari masa kesemasa terutama penyebaran maklumat agar dapat dibaca semua lapisan masyarakat berbilang bangsa  dan agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan