Khamis, 25 Januari 2018

Oleh. Bujie Tukarang
PEMIMPIN BAWAHAN GS DITOLAK RAKYAT?
Sabah. Perjuangan semua Presiden Parti dalam Parti GABUNGAN RAKYAT SABAH amat baim sekali kearah menyatupadukan rakyat jelata agar bersatu merubah tampuk kerajaan negeri Sabah dalam pilihan raya ke 14 akan datang, namun rakyat jelata berbilang kaum terus hilang kepercayaan terhadap perjuangan seumpama berikutan ramai pemimpin diperingkat bahagian dan akar umbi mereka sering menabur janji manis kepada rakyat diperingkat kampung berbanding membuktikan keprihatinan  mereka menghulur bantuan berdasar kemampuan mereka.
Selain dari itu terdapat juga pemimpin diperingkat bahagian mereka (Gabungan Sabah) suka berjanji pada rakyat jelata khususnya orang kampung namun apabila sampai masanya pemimpin berkenaan gagal dihubungi sehingga rakyat menunggu membuang masa tanpa faedah, kes seumpama bukan perkara baru dalam politik Gabungan Sabah malah berlaku sejak pilihan raya ke 13 lagi namun tidak ada usaha para pemimpin tertinggi dalam Gabungan Sabah menasihati pemimpin bawahan mereka agar menjauhi kepimpinan berdusta atau membohongi rakyat jelata khususnya berdaftar sebagai pemilih setempat demi meraih sokongan pilihan raya ujar beberapa penduduk setempat.
Dalam tinjauan Media Terkini ramai rakyat Sabah merasa keliru dengan pemimpin bawahan Gabungan Sabah  yang suka berbohong  dengan rakyat jelata dikawasan perkampungan terpencil semata mata meraih sokongan ramai, sebaliknya apabila tembelang pembohongan mereka pecah dipelusuk perkampungan luar bandar dengan sendirinya pemimpin bawahan Gabungan Sabah menyembunyikan diri dari bertemu rakyat jelata Sabah ujar orang orang yang menjadi mangsa.
GAMBAR SIARAN INI SEKADAR HIASAN DIKALANGAN PEMIMPIN GABUNGAN SABAH YANG PERLU MEMANTAU PERILAKU PEMIMPIN BAWAHAN MEREKA AGAR BERHENTI MEMBOHONGI RAKYAT DIPERINGKAT PERKAMPUNGAN DALAM SABAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan