Rabu, 17 Januari 2018

Oleh. Jopis Anak Lagau
Gempar, beberapa pelawat sekitar Bandar Seirra terkejut melihat beberapa KEDAI MAKAN (bukan berhawa dingin) DIURUNGI LALAT setiap kali apabila pelawat singgah makan waktu  pagi tengahari dan petang menyebabkan ada yang hilang selera makan, yang peliknya tidak ada tindakan atau langkah langkah  bagi membasmi  kehadiran LALAT seluruh ceruk Kedai Makan berkenaan setiap hari walaupun pihak pengusaha Kedai melihat dan mampu bertindak membasmikan nya.
Tohmahan Presiden Parti Warisan Sabah mengkeritik RELA yang ditugaskan menerusi kawasan Perintah Berkurung sekitar Eccscom tidak disenangi oleh Pengarah Rela Pauzi Jhumat Said yang mendakwa tidak ada kemahiran dalam berhadapan penceroboh yang mahir dalam perang Gerila bersenjata canggih dari negeri jiran terdekat Sabah.
Sejauh manakah pengaruh para pengikut Parti Warisan Sabah meraih sokongan diperingkat akar umbi khususnya menjelang PRU ke 14 yang dijangka dalam masa terdekat ini, malah jentera akar umbi pula sukar bersikap terbuka dengan seluruh lapisan rakyat luar bandar yang dipercayai banyak celetoh dalam pelbagai pertemuan meraih sokongan undi.
Sabah sekali lagi dibuai dengan kemunculan Parti Baru , Pertubuhan Perpaduan Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) diramal bertanding beberapa kerusi DUN dan PARLIMEN jika berjaya mendapat sokongan rakyat berbilang kaum dalam sedikit masa lagi menurut seorang pemimpin tertinggi parti berkenaan enggan disebut nama dalam pertemuan Media Terkini dekat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan