Selasa, 16 Januari 2018

Oleh. Bujie Tukarang
KETUA DAN RAKAN PERANCANG TRAGEDI TONDUO DAN SEMPURNA TERIMA HUKUMAN
Sabah. Seluruh anak jati negeri ini mengharapkan keputusan hukuman gantung sampai mati terhadap PENCEROBOH TONDUOH LAHAD DATU SERTA PEMBUNUHAN POLIS DI SEMPORNA menjadi iktibar disamping perlu dipercepatkan koleksi BUKU SEJARAH tersebut agar seluruh rakyat anak jati Sabah dapat menyimpan buku sejatah seumpama  demi pedoman anak cicit mereka, tindakan pihak berkuasa dalam negara menjatuhkan hukuman gantung terhadap 9 pesalah utama tepat dimana sekurang kurang boleh menjadi sempadan keinsafan kumpulan mereka yang masih dinegara asal mereka agar menghentikan seluruh  impian mereka kearah menawan Sabah sebagai jajahan mereka berdasarkan cerita sejarah yang diwarisi kumpulan  terlibat.
Diantara mereka yang menerima hukuman gantung sampai mati selepas diteliti hakim hakim negara Malaysia ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiran 55 tahun Julham Rashid 71 tahun, Tani Lahad Dahi 65 tahun, Al Wazir Osman 63 tahun, Salib Akhmad Emali 65 tahun, Virgillo  Nemar Patulada 58 tahun, Ismail Yassir 78 tahun, Basad H  Manuel 43  tahun dan Aik  Hussin Abu Bakar 47 tahun, kes ini menjadi liputan seluruh media massa dan cerita merangkumi seluruh kedai kedai kopi mahupun pejabat kerajaan dan swasta atau dimana juga peluang masyarakat berkumpul pasti  akan memulakan cerita kes tersebut namun faktor sejarah kurang diberi perhatian khusus sebagai khazanah warisan anak cicit kita anak jati Sabah masa akan datang.
Apapun generasi anak jati Sabah perlu bijak memerhati sekeliling mereka bagi  menilai ahli politik masa kini berserta seluruh sukarelawan yang didaftarkan dalam Sabah sebagai bantuan memberi kawalan  dibeberapa kawasan yang menjadi laluan warga asing seperti yang diumum oleh kementeriam Dalam Negeri baru baru ini, bukan sahaja sukarelawan yang didaftarkan oleh kerajaan dalam Sabah malah turut dikuasai oleh beberapa firma kawalan keselamatan Sabah masa kini dengan meragukan warga asing berkenaan namun kurang diberi perhatian umum masa kini jelas beberapa anak jati Sabah  yang ditemui enggan disebut nama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan