Isnin, 18 November 2019

TERSEBAR WARISAN BAKAL BERGABUNG PBS?
Oleh. Gifkir Aming
Kota Kinabalu. Kumpulan watshap dipercayai penyokong Warisan menularkan berita sensasi Parti Warisan Sabah akan bergabung sedikit masa lagi jika parti dari Kuala Lumpur terus menekan mereka, penyebaran ini berlaku hampir sebulan lalu menyebabkan ramai penyokong PBS tertanya tanya kesahihan penyebaran watshap tersebut malah ramai juga penyokong PBS menafikan berita berkenaan yang disifatkan sekadar cuba memancing penyokong PBS agar beri sokongan moral pada parti mereka Warisan.
Kru Media Terkini yang menghubungi AMT PBS Datuk WilIiam Majimbun turut menyifatkan berita tersebut adalah palsu dengan tujuan kepentingan para penyokong parti berkenaan sahaja jika ahli ahli PBS percaya dengan pengaruh tersebut.
Sehingga berita ini ditulis beberapa pemimpin kanan Warisan gagal dihubungi bagi mendapat ulasan berita yang disebarkan oleh penyokong mereka diperingkat akar umbi sejak sebulan lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan