Jumaat, 22 November 2019

YANG MANA SALAH DAGING BABI HUTAN DAN ROKOK SELUDUP JUAL DIKAKI LIMA?
Oleh. Jasly Dollah
Parlimen Keningau. Gempar KDM bila tersebar penangkapan penjualan daging babi hutan di Tamu Tambunan diserbu pihak berkuasa bersama pasukan keselamatan bagi membuat rampasan mengikut akta haiwan larangan, namun isu yang dikemukakan oleh warga KDM Tambunan dalam serbuan terlibat adalah mengapa jual daging babi hutan ditamu dipertikai tanpa lesen sedangkan penjualan rokok seludup disekeliling bandar dan pekan dalam Sabah terus kebal walaupun berkeliaran pembawa beg plastik hitam, beg kain, atau bakul bakul sandang sepanjang hari hingga malam penuh rokok seludup masih tidak dirampas tegas KDM Tambunan hari ini.
Penjualan Daging Babi Hutan hanya musim Tamu Mingguan sahaja di Tambunan sebalik Warga KDM Tambunan mendakwa tiap hari sepanjang bulan PENJUALAN ROKOK SELUDUP oleh orang orang yang mencurigakan bahasa mereka tidak pula ditanya berlesen kah tidak  malah suka hati membawa bangku tempat duduk ditepi tepi bangunan kedai menjual rokok seludup tegas mereka.
Kru media yang menjejaki beberapa ahli badan NGO Sabah dimaklumkan PENJUAL ROKOK SELUDUP benar benar membanjiri seluruh bandar dan pekan dengan memasuk dalam beg dan duduk guna bangku atau jalan jalan keliling kedai serta bangunan pasar namun tidak ada bertanya isu lesen sejak setahun lalu tegas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan